Header Ads

Create your own banner at mybannermaker.com!

"Segala Perasaan" Single Terbaru Dato' Siti Nurhaliza

Dato' Siti Nurhaliza mempertaruhkan lagu ciptaan Ivan Lahardika sebagai single terbaru beliau yang berjudul Segala Perasaan.

Lagu ini mengangkat makna cinta yang sangat luas dan melodinya mudah diterima oleh penggemar muzik. Ivan sendiri menceritakan bahawa lirik lagu ini bersatu dengan melodinya dan segala keindahan perasaan disampaikan menerusinya.

Lagu Segala Perasaan diterbitkan oleh Mujahid Abd Wahab manakala Aubrey Suwito pula menjadi penerbit untuk rakaman vokal Dato' Siti Nurhaliza.

Menurut Dato' Siti, Segala Perasaan adalah sebuah lagu yang menguji vokal beliau kerana terdapat nada rendah dan tinggi serta beliau perlu menjiwai lirik dalam nyanyian.

Beliau berharap agar single ini akan dapat diterima oleh para peminat dan penggemar muzik sementara menantikan kemunculan album penuh berjudul 'SimetriSiti' yang diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.
Create your own banner at mybannermaker.com!